start with BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM and end it with ALHAMDULILLAH

Wednesday, August 31, 2011

Bila impian makin pudar dan musnah...

Sedih bila impian kita makin musnah dan hancur ni
Seriously , impian aku ialah

  • HIDUP BAHAGIA DGN KELUARGA SEHINGGA AKHIR NYAWA
  • BERAYA SEKELUARGA BERSAMA DENGAN GEMBIRA
  • SAMBUT DENGAN MERIAH TIAP KALI TARIKH PENTING TIBA
  • MENGGUNAKAN PANGGILAN MANJA SESAMA KELUARGA
  • RASA DICINTAI
  • RASA DIHORMATI
  • RASA DILINDUNGI
  • RASA DISAYANGI
  • BELAJAR TANPA RASA GUSAR TENTANG MASALAH
  • BERJAYA DALAM HIDUP DAN
  • MASUK UNIVERSITI.
Seronok tu kalau tercapai impian aku.
Memang seronok sangat.
Tapi apa aku nak buat.
Kita hanya merancang , tuhan yang menentukan.
Dalam masa sehari macam2 boleh berlaku
Mungkin harini benda buruk tak menimpa kita,
Tapi esok lusa minggu depan mana lah kita tau kan?
Cukup2 lah alea..
Pejam je mata kau apa yang berlaku.
Percaya pada Allah dan Qada' Qadar.
Alea.. Kau boleh hadapi la alea.
Mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku tu kan?
Hurmm.
Jika ini yang harus aku tempuhi untuk merasai kebahagiaan dalam hidup..
Aku redha dan menempuhnya dengan sabar,

Chow!

Perempuan

Perempuan hanya faham perempuan.
Infact , perempuan yang sakiti perempuan lah.

Okay . Tak puas hati dengan statement aku tu ?
Terpulanglah .
Bagi aku perempuan yang sakiti perempuan,
Sebab ,kalau in a relationship.
Yang jadi org ketiga mesti perempuan kan ?
Kay , kenapa ada kes perampas laki org?
Pikir kat situ lah weyh.
Kalau dia betul2 paham dengan perempuan.
Dia tak akan sanggup sakiti org perempuan sampai mcm tu sekali.
Am i rite ?
Tak faham lah aku.
Kenapa nak amik org punya?
Dah habis laki eh kat dunia ni ?
Huh~
Betul2 tak faham lah akuuuu~~~


Chow!

Ego !

Harini mood aku tiba-tiba je nak bercakap tentang lelaki yang ego.
Senang cakap , time poklong aku bawak aku pi round-round area pengkalan chepa tadi hujan renyai-renyai.
So kepala aku pun merewang ke m ana-mana sampai tertido sekejap,
Bila bangun je dari tido aku pun terpikir lah pulak tentang lelaki yang ego bak melangit niii.

Kayy , 'Lelaki'
Dia orang memang terkenal dengan perangai ego dia yang melampau-lampau..
Dia orang ingat dengan ego dia orang yang perempuan akan mengaku kalah.
Ops . sorry ah sayang .
Not me okay ?
Bgi aku , kalau kau nak ikot perangai egoic kau tu , baik aku blah awal-awal.
Klau kau ego tu sebab aku yang salah .
Okey i dont mind and i owe you an apology.
But kalau dah terang benderang dan nyata sekali itu salah dan silap kau.
Jangan harap aku nak beralah.
Ingat lah kaum adam , si Hawa pun ada egonya ok.
Kalau Hawa dah EGO , Adam mula lah menggelabah lebih.
Huhu~

'Okey , bagi ak lelaki ni pegang prinsip 'Kalau aku buat tak apa. Kau buat mati kau.'
Betul tak ?
Fikirlah sendiri kaum Adam.
Hawa pun ada perangai tersendiri jugak sayang.
Semua tak sempurna.
Tapi semua ada perasaan , hati dan akal fikiran kan ?
Semua tahu rasa sakit hati mcm mana ,
Bukan tak tau kan?
Benda tu semua org dah tau dengan nyata sekali kan ?
Aku sendiri tak paham dengan lelaki ni.
Apa yang dia org perlukan dalam hidup dia org pun aku tak tahu lah.

Hanya lelaki je yang tahu .
Apa yang dia orang nak dalam hidup dia orang sendiri.

Chooww!


Tuesday, August 30, 2011

Happy Eid Mubarak :)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ,guys .
If ape2 kat blog aku ade buat korunk terase hati or wutever ,
Maafkan lah..
Kita sebagai umat Islam memang tak akan pernah nak lari lah buat silap kan ?
Bagi aku raya tahun ni banyak mengajar aku , antaranya..
Kedukaan dalam Aidilfitri.
Ye lah semakin lama kita semakin besar dan matang .
Bukan nya semakin muda dan berperangai makin kurang cerdik .
Apa yang berlaku , semua kita boleh fikir , kenapa ia berlaku kan?
Aku malas nak cerita banyak lah dekat blog .Takut ada pihak yang terasa hati.
Tapi apa yang buat aku betul hargai ,
Aku dapat pergi ke kubur arwah Atuk aku ,
Setelah 5 tahun aku tak melawat .
Kejam kan ?
Tapi apa yang aku tahu , banyak yang mengundangkan kepahitan di kampung aku .
Bkan salah aku seorang .
Banyak kepentingan masing-masing.
Semua ada sebab tersendiri.
Aku pun ada sebab tersendiri.
Aku pun terluka jugak .
Apapun , Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin :)

Saturday, August 27, 2011

Happy Eid Mubarak

"Bila tiba hari raya.
Semua insan bergembira.
Tetapi bagiku hanya kesedihan yang menyelebungi hidup."

Bestkan dengar lagu tu..
Hmm , tahun ni raya memang betul-betul tak ada meaning lah bagi aku.
Ye lah , perkara dah getting more worst lah bak kata orang putih kan ?
Sape yang boleh raya ?
Yeahh , aku terima dengan hati yang redha lagi ikhlas sabar dan tenat lah kan dugaan tu.
Hurm apa pun aku dah dapat rasa yang benda macam ni dah tak dapat di solve kan lagi dah.
Ye la , theres no more way we can choose . Except make it clear with choose our own way right?
Hurm.. sorry ,I am not that enough.
And for all readers Happy Eid Mubarak and I owe you an apology for everything i've made..
Chow.


Thursday, August 18, 2011

Seronok tengok :)

Seronok kan tengok keluarga yang bahagia ?

Teringin je nak rasa macam tu.. tapi apakan daya , semua kuasa tuhan..

Sakit Hati -,-''

K ,now my mind stuck !
Aku tak tau nak luahkan hati aku dekat siapa.
Nak mengadu dgn siapa..
Nak menangis dgn siapa..
Serios .
Benda ni memang betul² buat aku stuck.
Aku tak tau apa akan jadi dengan life aku nanti.
Apa yang akan berlaku dengan hidup aku nanti,
Atau aku memang tak ditakdirkan untuk berasa bahagia..
Kadang² aku rasa Tuhan macam tidak adil..
Tidak adil sebab bagi aku rasa & dugaan yang aku dah tak mampu nak tanggung..
Ya Allah..
Aku betul² tak boleh nak hidup lagi kalau mcm ni lah kesudahan hidup aku.
Aku malu jadi diri aku.
Malu sangat.
Malu bila org sendiri mcm dah tau apa yang terjadi dengan hidup aku,,
Ye lah.. Aku dah banyak makan garam dengan umur yang terlalu muda..
Aku takut , takut nak hadapi semua ini lagi..
Allah.. apa dosaku Ya Allah ?
Aku tak tabah nak hadapi semua ni..
Aku dah letih menagis sbb hidup aku yang kucar - kacir
Disebabkan perkara ni..
Aku jadi benci dengan lelaki..
Bukan akunak hina kejadian Allah.
Tapi , apa yang aku lalui bukan senang untuk menghadapi.
Susah nak hadapinya..
Aku letih~

Wednesday, August 17, 2011

Sigh :O

Woahh..
Bulan ni banyak bala .
Aku letih betul untuk bulan ni.
Serius letih tak terkata.
Apa2 pun yang berlaku , bneda tu memang tak akan aku lupa dlm hidup aku.
Benda tu membuatkan aku jadi fobia.
Fobia dengan lelaki.
Tambah² lagi botak ==
Nampak je orang botak , boleh ketar kepala lutut aku.
Then , bila suara lelaki tegur aku.
Aku dah jadi akut , berdebar-debar.
I have no idea to solve this problem.
Serios , aku sendiri tak tau nak buat apa dah dgn masalah ni.
Biarlah kekal macam ni je.
Mungkin perasaan phobia towards men akan berkurang or akan kekal mcm ni je.
Itu biarlah Allah dan masa yang tentukan.

Monday, August 15, 2011

Let Me Die

Kenapa ?
Okey kalau dah start dengan word 'kenapa'..
Ak sendiri dah tak ada jawapan untuk itu..

Im Sick

Hidup aku musnah . And so that aku pon mati . -,-'

Sunday, August 14, 2011

Coret coret bulan puasa :D

Huhu~ Macam biasa la kan .
Broadband disorok ketat .
Hurmm -,-''
OKeyh ,
Aku nak qada' balik ape yang aku belum update blog aku ni.
Aritu aku pergi KLCC , JJ nak survey barang-barang untuk aku melaram di pagi raya dan majlis khawin kakak angkat aku..
Aku bertolak pukol 12 dan dlm 12.45 something aku sampai kat JJ wangsa maju tuu.
Aku buat lah survey dekat bahagian baju baju yang dok tersangkut elok je kat penyidai-penyidai yang tersedia ada uh.
Jalan punya jalan .. chooppp!
Aku pergi jalan-jalan ni dengan best fren sehidup semati ak..
Khalida namanyaaa :D
At first ak nak g beli kasut sepasang..
Khalida pulak nak beli kasut and baju..
Jalan-jalan...
Aku jumpa satu bluse yang cantek sgt boleh pakai n matching gila dgn skirt labuh khalida,,
So aku decide khalida try baju tu kat fitting room..
And baju tu sesuai dgn dia , so g wat payment..
Then kita orang lepak kat foodcourt ,
Bulan puasa ni letih kan..
Mana taknya pusing habis satu mall tak jumpa lagi yang berkenan ,
Pastu decide nak jalan lain pulak.
Memang gilaaa -__-
Tu lah sape suro cerewet sangat kannn ?
Parah lah jadinya weyh !
Then elok-elok tengah dudok bersandar kat kerusi foodcourt tuu..
Aku nampak dua ekor minah yang mekap tebal empat belas inchi..
Dok beli makanan kat foodcourt..
Pergh taktauuu malu sihh :O
Aku tau lah kau 'ALLAH bagi cuti' ,
Tapi beragak lah weyh..
Buat malu kaum perempuan jew..
Gila betul..
Kau ingat kau chinnese look ke ?
Aku tak rabun lagi lahh..
Allah, apa nak jadi dengan korang semua ni..
Apa salahnya bawak bekal dari umah awak-awal ke..
Beli kat 7-E then masak ke..
Apa lah nak jadi..
Huhuhu~
After that,aku n khalida decide nak bukak puasa kat KLCC punya foodcourt.
So kita orang g lah berbuka kat foodcourt Klcc..
Mula-mula tu g survey kedai-kedai dulu..
Tengok yang mana berkenan di hati..
Tapi dh x de yg berkenan,
Buat peluh je la..
Hehehe..
Okey , cerita dekat foodcourt KLCC pulak kan...
Ada lah sweet couple on 60's year ni..
Huh~
Dah tau bulan puase pon..
Tangan kau still nak kene meraba-raba awek kau yang bertudung tu ke ?
Pakai tudung tapi,.. hurmmm
Tu lah , tak semestinya pakai tudung ni baik weyh..
Yang free hair pon tak semuanya jahat,.
Tiap orang ada perangai masing-masing..
Setengah tu , depan mak bapak pakai lah tudung ,
Bila dah kuar ng kawan , habis terbang..
Satu lagi..
Pakai tudung then berkepit ng jantan atas motor ?
Wth ?
Hishh..
Apa nak jadi kan..